KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited untuk memastikan bekalan makanan yang selamat, berkhasiat, dan mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia, khususnya golongan yang memerlukan.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sempena Hari Kesihatan Sedunia 2025, beliau menyedari hubungan rapat antara pemakanan seimbang dan kesihatan keluarga, terutamanya bagi golongan ibu dan kanak-kanak.