Polis tahan lelaki disyaki bawa lari gadis OKU

Iklan
Christopher Patit (kiri), Laporan Sinar Harian berhubung seorang gadis OKU hilang, polis kesan Perodua Kelisa.

MELAKA, - Polis menahan seorang lelaki disyaki melarikan gadis orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran yang dilaporkan hilang di Taman Rambai Idaman di sini dua hari lepas, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, peniaga berumur 40 tahun yang memandu kereta Perodua Kelisa itu ditahan kira-kira 4 pagi tadi di tepi Jalan Jati, Sungai Petani, Kedah.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, suspek yang tinggal di sini mengaku membawa gadis berumur 17 tahun itu untuk bersiar-siar di Seremban, Ipoh, Bukit Mertajam dan Baling.

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah, dan soal siasat juga mendapati gadis itu tidak mengenali suspek.

Iklan

Christopher berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dengan salah.

Beberapa media semalam melaporkan seorang remaja OKU dilaporkan hilang pada 5 April selepas keluar bermain di taman permainan berhampiran rumahnya dan dipercayai dibawa lari dengan menaiki Perodua Kelisa. - Bernama

Iklan