KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori maut selepas dihempap lori 10 tan dalam kejadian di sebuah kawasan pembinaan di Antara Gapi, Hulu Selangor, dekat sini, petang semalam.
Mangsa berusia 36 tahun itu dikatakan baru sahaja selesai mengeluarkan muatan tanah daripada lori berkenaan sebelum dihempap kenderaan berat tersebut yang tiba-tiba condong dalam kejadian kira-kira jam 2 petang.