KANGAR - Polis menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dipercayai mangsa eksploitasi seks dalam serbuan di sebuah premis di Arau, semalam.
Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim berkata, dalam serbuan Ops Noda pada 11.15 malam itu, pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 15 dan 19 tahun disyaki menjalankan promosi aktiviti pelacuran melalui aplikasi MiChat dan melakukan eksploitasi seks terhadap kanak-kanak.
Sehubungan dengan itu, Hamzah menasihati orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada polis bagi membolehkan tindakan diambil.- Bernama