SEPANG - Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini, bagi menghadapi pertuduhan mengasari dua anggota polis.
Beliau tiba di mahkamah pada jam 7.30 pagi dengan memakai sut lengkap berwarna biru dan ditemani Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal.