Mangsa banjir di Johor meningkat
Iklan
APM Batu Pahat telah melakukan pemantauan di kawasan-kawasan yang berisiko banjir di sekitar daerah Batu Pahat.
JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat meningkat kepada 285 orang daripada 94 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 254 orang daripada 88 keluarga 8 pagi tadi.
Iklan
Iklan
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan berkata, kesemua mangsa yang terdiri daripada penduduk Kampung Baharu ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading.
"Sungai Senggarang mencatatkan paras amaran dengan bacaan 3.36 meter manakala Sungai Batu Pahat pada paras waspada dengan 2.3 meter,” katanya.
Iklan
Beliau berkata, cuaca di Johor Bahru, Mersing dan Kota Tinggi dilaporkan cerah manakala daerah lain mendung.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir dari empat kampung di Kinabatangan yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam meningkat kepada 138 orang daripada 30 keluarga setakat 4 petang berbanding 131 orang daripada 29 keluarga 8 pagi tadi.
Iklan
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, dalam kenyataan memaklumkan trend pemindahan pada petang ini meningkat.
Pada 2 April, Kinabatangan diisytihar sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan berterusan dan kenaikan paras air sungai ke tahap bahaya.
Tujuh kampung di Kinabatangan yang terletak kira-kira 306 kilometer dari Kota Kinabalu itu terjejas banjir dan PPS SK Bukit Garam mula beroperasi pada 6 petang Rabu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>