Qabil raih gelaran berganda di Litar Jerez
Iklan
Qabil muncul juara Perlumbaan 2 ESBK Talent di Litar Jerez pada Ahad.
PELUMBA cilik negara, Qabil Irfan Azlan berada dalam kelas tersendiri apabila mengungguli Perlumbaan 2 Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Talent 2025 di Litar Jerez pada Ahad.
Ia merupakan kejuaraan berganda buat pelumba berusia 13 tahun itu selepas menjuarai Perlumbaan 1 pada Sabtu untuk memastikan Lagu Negaraku terus berkumandang di bumi Sepanyol.
Iklan
Iklan
Sebelum tiba di garisan penamat, Qabil disaing sengit pelumba Sepanyol, Izan Rodriguez yang terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat kedua.
Seorang lagi pelumba Sepanyol, Andres Garcia pula di kedudukan ketiga.
Iklan
"Alhamdulillah. Saya amat gembira kerana dua kali berjaya memenangi perlumbaan di sini,” katanya.
Pelumba kelahiran Terengganu itu bermula di petak pertama tidak diberi laluan mudah oleh Rodriguez apabila saling bertukar posisi pendahulu sepanjang saingan.
Iklan
Namun Qabil yang beraksi bersama pasukan Frando Racing VHC Team Liqui Moly membuktikan kehebatannya menamatkan perlumbaan 14 pusingan itu sebagai pemenang dengan catatan 26 minit 08.299 saat (s).
Qabil menjuarai Perlumbaan 2 ESBK Talent di Litar Jerez pada Ahad. Foto FB ZK Racing.
Qabil yang terkenal dengan gelaran 'Budak Nombor 4' hanya dibezakan 0.403s dengan Rodriguez, manakala Garcia melepasi garisan penamat selepas 12.562s.
"Terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras menyediakan jentera terbaik untuk saya,” ujar Qabil.
Pusingan kedua ESBK Talent dijadual berlangsung di Litar Catalunya, Barcelona, Sepanyol bermula 19 hingga 22 Jun depan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>