Tiga kereta, satu motosikal di tempat parkir terbakar

Iklan
Tangkap layar video kebakaran di tempat letak kereta yang memusnahkan empat kenderaan pada Sabtu.

DUNGUN – Empat kenderaan termasuk tiga kereta dan sebuah motosikal musnah terbakar di tempat letak kereta di Taman Murni Perdana, Paka di sini pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka, Mohd Rizuan Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.20 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

Iklan
Iklan

"Kebakaran melibatkan struktur tempat letak kereta jenis sementara yang terbakar hampir 80 peratus.

Anggota bomba memeriksa kenderaan yang terbakar di tempat letak kereta di Taman Murni Perdana, Paka, Dungun.

"Turut terlibat dalam kebakaran ialah empat kenderaan, masing-masing sebuah Proton Persona yang terbakar 90 peratus, Perodua Aruz (40 peratus), Toyota Innova (10 peratus) dan motosikal Yamaha Avantis (30 peratus)," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Iklan

Jelas beliau, kebakaran itu tidak melibatkan kemalangan jiwa dan berjaya dikawal dalam tempoh 25 minit.

Anggota bomba memadamkan kebakaran di tempat letak kereta di Taman Murni Perdana, Paka, Dungun.

"Operasi pemadaman melibatkan enam anggota dengan kekuatan sebuah jentera pemadam (FRT) dan menggunakan satu aliran hos, satu 'breeching' serta dua pancutan air dari tangki jentera.

Iklan

"Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.50 pagi dan operasi tamat sepenuhnya jam 6.27 pagi. Punca kebakaran dan anggaran nilai kerugian dialami mangsa masih dalam siasatan," ujarnya.