Shamsul Iskandar belum buat keputusan tanding Pemilihan PKR Pusat
Iklan
Shamsul Iskandar (tengah) pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Keadilan Memimpin di Pejabat Madani Melaka pada Jumaat.
MELAKA - Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin belum membuat keputusan untuk bertanding Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat Pusat.
Beliau berkata, buat masa ini memfokuskan pemilihan cabang selepas beliau menawarkan diri bertanding sebagai Ketua Cabang Hang Tuah Jaya.
Iklan
Iklan
"Pemilihan Pusat bermula Mei, jadi masih dalam perbincangan lagi, ketika ini fokus kepada peringkat cabang dulu.
"Sudah tentu ada hasrat, impian untuk jawatan Naib Presiden tapi tengok keadaan peringkat cabang dulu. Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menunjukkan sokongan baik kepada saya," katanya ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Keadilan Memimpin di Pejabat Madani Melaka pada Jumaat.
Iklan
Pada majlis itu, beliau mengumumkan menawarkan diri bertanding sebagai Ketua Cabang PKR Hang Tuah Jaya yang bakal menyaksikan pertembungan dua penjuru bagi jawatan itu.
Terdahulu, beliau menjawat jawatan Ketua Cabang Jasin dari 2019 hingga 2022 sebelum menawarkan diri jawatan Ketua Cabang Hang Tuah Jaya pada 2022 namun tewas kepada Mohd Rafee Ibrahim.
Iklan
Sementara itu, Shamsul Iskandar berkata, beliau menawarkan diri sekali lagi berkhidmat selama tiga tahun bagi sesi 2025- 2028 bersama kepimpinan baharu di cabang PKR Hang Tuah Jaya bertemakan Keadilan Memimpin
"Saya pernah tawar diri pada 2022 di sini namun tewas lalu kita teruskan usaha dan cuba sekali lagi.
"Saya harap anggota parti dapat berikan peluang kerana kita tahu cabaran kali ini lebih sengit. Rakyat melihat PKR sebagai parti penting dengan Presiden sebagai Perdana Menteri, sudah tentu pengundi menjangkakan kita perlu beri khidmat lebih baik," ujar beliau.
Sementara itu, beliau melihat perkembangan positif dalam Pemilihan Cabang di Melaka selepas semua cabang menyaksikan pertandingan sengit antara dua hingga tiga penjuru.
"Pemilihan kali ini menyaksikan pertandingan dua penjuru di Alor Gajah, Masjid Tanah, Kota Melaka dan Jasin selain tiga penjuru di Tangga Batu.
"Ini bermakna minat anggota untuk menawarkan khidmat sangat baik, saya harap ini menjadi petanda baik kerana selepas ini kita akan buat persiapan depani Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum," katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.