ANKARA - Serangan udara tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza telah mengorbankan sekurang-kurangnya 86 lagi penduduk Palestin, menjadikan angka kematian akibat perang yang disifatkan sebagai genosid sejak Oktober 2023 meningkat kepada 50,609 orang, lapor Agensi Anadolu yang memetik Kementerian Kesihatan Gaza.
Dalam kenyataan pada Jumaat, kementerian itu memaklumkan bahawa seramai 287 lagi mangsa yang cedera telah dipindahkan ke hospital dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang cedera akibat serangan Israel meningkat kepada 115,063 orang.