Polis tahan tiga lelaki, berjaya selamatkan mangsa culik di Johor

Iklan
Polis menahan tiga lelaki berhubung kejadian culik di hadapan premis sebuah kelab di Taman Nusa Bestari, Skudai pada Jumaat. Gambar hiasan

CHERAS - Polis terpaksa melepaskan tembakan susulan suspek enggan memberi kerjasama dan bertindak melanggar kenderaan dinaiki anggota polis beberapa kali bagi melepaskan diri.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihak polis telah buat serbuan ke atas sebuah kenderaan jenis Perodua Aruz di Jalan Cengkeh Taman Cheras, di sini pada Jumaat, jam 2.30 petang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, semasa kenderaan pasukan polis berhenti dan mengarahkan suspek keluar dari kenderaan, suspek telah beberapa kali melanggar kenderaan dinaiki anggota polis untuk melepaskan diri.

Tegas beliau, bagi menghentikan tindakan suspek yang mengancam keselamatan pasukan polis, beberapa das tembakan dilepaskan ke arah tayar kenderaan suspek.

Iklan

"Kereta suspek berjaya dihentikan dan pasukan polis menahan tiga lelaki warga tempatan yang berada dalam kenderaan tersebut.

"Tiga daripada orang kena tahan (OKT) terlibat dalam kejadian bersabit kes di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Iklan

"Sementara itu, terdapat seorang lagi lelaki yang juga warga tempatan berada dalam kenderaan tersebut dan dia adalah mangsa yang diculik di Skudai, Johor," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, mangsa telah berjaya diselamatkan dalam serbuan itu.

Kata beliau, ketiga-tiga suspek yang berusia anggaran 24 hingga 30 tahun telah berjaya ditahan polis, manakala mangsa culik berusia 26 tahun.

Menurutnya, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung penculikan mangsa dan tiada tuntutan wang tebusan dilakukan.

Katanya lagi, hasil semakan rekod rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bahagian hadapan premis sebuah kelab di Taman Nusa Bestari mendapati kejadian penculikan berlaku pada Jumaat, jam 5.47 pagi.

Jelasnya, mangsa telah dibawa oleh sekumpulan lelaki warga tempatan menaiki sebuah kereta.