BEIJING - TikTok semakin terdesak untuk mencari pemilik bukan syarikat China bagi mengelakkan larangan untuk terus beroperasi di Amerika Syarikat (AS) menjelang tarikh akhir yang bakal tamat pada tengah malam Sabtu.
Aplikasi popular perkongsian video yang mempunyai lebih 170 juta pengguna di Washington itu kembali terancam selepas pentadbiran Presiden Donald Trump memberikan tempoh penangguhan selama 75 hari.
Iklan
Iklan
Pada Khamis, Trump memberi jaminan mereka 'semakin hampir' untuk mencapai perjanjian dengan pembeli TikTok dengan melibatkan beberapa pelabur.
Difahamkan, sejumlah syarikat termasuk Amazon dan firma pemula teknologi kecerdasan buatan (AI), Perplexity telah menzahirkan kesediaan untuk membeli TikTok yang dimiliki ByteDance berpusat di Beijing.
Pada 19 Januari lalu, TikTok pernah 'hilang' seketika dan tidak boleh diakses selama beberapa jam oleh pengguna di AS sebelum Trump menangguhkan larangan tersebut yang dikenakan ketika era pentadbiran pendahulunya, Joe Biden. - Agensi