Perkukuh keharmonian kaum di Perak

Iklan
Ahmad Faizal (depan, dua, kiri) bergambar bersama masyarakat India yang meraikan perayaan Ponggal.

TAPAH - Kerajaan Perak akan memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan kaum di negeri ini supaya pembangunan yang dilaksanakan dapat dinikmati semua lapisan masyarakat bersama-sama.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, dalam masyarakat berbilang kaum, rakyat di negeri ini harus meletakkan semangat toleransi yang tinggi sesama mereka.

Iklan
Iklan

"Kita perlu sedar bahawa tidak ada mana-mana kaum boleh mendabik dada bahawa mereka berhak dalam semua perkara kerana dalam tempoh enam dekad sejak merdeka, bapa-bapa kemerdekaan meletakkan asas kepada perpaduan di kalangan semua masyarakat kita.

"Saya bersyukur kerana masyarakat pelbagai kaum di Perak ini hidup dalam rukun kerana kita saling hormat menghormati, kekalkan semangat ini,” katanya ketika berucap pada majlis Perayaan Ponggal Kawasan Tapah dan Chenderiang di Dewan Merdeka Tapah di sini, hari ini.

Iklan

Menurutnya, semangat perpaduan kalangan rakyat negeri ini perlu dikekalkan dan tidak mengambil mudah keamanan yang ada kerana untuk meruntuhkannya lebih mudah daripada membina.

"Terima kasih semua kerana meletakkan kasih sayang kita kepada negara mengatasi kepentingan lain,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Ahmad Faizal pada sidang media berkata, pihaknya berbangga kerana satu rekod kebangsaan di bawah Malaysia Book of Records (MBOR) berjaya dilakar pada perayaan ini iaitu ‘Set Ponggal Terbanyak Diedarkan Dalam Satu Acara’.

"Terima kasih kepada penaja iaitu MCIS Insurance Berhad yang menaja 3,000 set Ponggal pada program ini hingga berjaya melakar rekod MBOR dan saya berharap agar perayaan ini dirayakan bersama kaum lain,” katanya.