Pelancong asing wajib isi kad ketibaan digital sebelum ke Thailand

Iklan
Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand melancarkan sistem kad ketibaan digital bagi semua pengembara asing yang akan berkuat kuasa bermula 1 Mei depan.- Agensi

BANGKOK – Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand melancarkan sistem kad ketibaan digital bagi semua pengembara asing yang akan berkuat kuasa bermula 1 Mei depan, lapor portal berita VNExpress pada Khamis.

Susulan itu,semua pelawat ke Thailand yang tiba melalui udara, laut atau darat wajib melengkapkan Kad Ketibaan Digital Thailand dalam tempoh 72 jam (tiga hari) sebelum mereka memasuki negara berkenaan sama seperti yang telah dilaksanakan di Singapura dan Malaysia.

Iklan
Iklan

Langkah itu dibuat bagi menggantikan borang ketibaan tradisional dikenali sebagai TM6 untuk mengurangkan masa pemprosesan serta meningkatkan kecekapan di seluruh pintu masuk.

Kad Ketibaan Digital Thailand boleh diisi dalam talian di tdac.immigration.go.th, dengan pilihan untuk individu atau keluarga dan kumpulan yang melakukan perjalanan bersama.

Iklan
Iklan

Setelah lengkap, pelancong akan menerima kod QR untuk ditunjukkan kepada pegawai imigresen ketika ketibaan di Thailand. -Agensi