SETELAH sebulan berusaha melaksanakan ibadah puasa dan menghidupkan malam-malamnya dengan pelbagai amalan soleh, akhirnya tiba masa kita merayakan kemenangan dengan penuh kesyukuran pada Aidilfitri yang mulia.
ALLAH SWT berfirman: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (sebulan Ramadan) dan hendaklah kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah: 185)
Menurut khatib, Aidilfitri merupakan saat terbaik umat Islam untuk memperkukuhkan kasih sayang terutamanya dalam rumah tangga itu sendiri.
"Suami jangan pernah lupa insan yang sentiasa di sisi. Ibu kepada anak-anak kita itulah yang paling lelah menyiapkan segala keperluan keluarga.
Khutbah yang bertajuk Aidilfitri: Kembali kepada fitrah, lindungi amanah ALLAH itu disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan dibacakan khatib di seluruh negeri itu pada 1 Syawal lalu.
Menyambung khutbah, khatib membacakan sepotong hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

JENGUKLAH dan berbuat baiklah kepada ibu bapa yang masih hidup. Foto Canva