JOHOR BAHRU – Peningkatan kos bahan mentah seperti santan dan buluh menyebabkan peniaga lemang di bandar raya ini terpaksa menaikkan harga berbanding tahun lalu.
Menurut peniaga, NurFaliq Ilman Yadzuzd, 28, harga lemang mengalami sedikit kenaikan daripada RM18 tahun lalu kepada RM20 hingga RM22 tahun ini berikutan peningkatan kos bahan mentah.
Iklan
Iklan
"Kebiasaannya, kami menjual lemang menggunakan buluh bersaiz L, tetapi Aidilfitri baru-baru ini, pembekal membekalkan buluh bersaiz XL. Jadi, kami terpaksa menaikkan harga daripada RM22 kepada RM25 sebatang.
"Saiz yang lebih besar memerlukan hampir satu kilogram beras pulut, menyebabkan kos pengeluaran meningkat. Kami cuba mengekalkan harga, tetapi jika kos terus meningkat seperti ini, memang sukar," katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, setakat ini pelanggan belum mengeluh mengenai kenaikan harga kerana mereka melihat saiz lemang yang lebih besar serta harga yang masih lebih rendah berbanding peniaga lain.