Dia tak perasan arahan papan tanda, kita pula yang dimarahi!

Iklan
Keadaan lalu lintas di Jambatan Salor - Pasir Mas yang sesak dengan kenderaan ekoran orang ramai melakukan aktiviti kunjung mengunjung pada musim perayaan. Foto Bernama

KESESAKAN jalan raya dan sambutan perayaan di Malaysia seolah-olah tidak dapat dipisahkan.

Sebutlah perayaan apa di negara ini yang tidak menyebabkan kesesakan jalan raya, lebih-lebih lagi perayaan utama setiap kaum.

Iklan
Iklan

Merak Jalanan melihat uniknya di negara kita ini, semua bangsa bergembira dengan cuti umum sempena perayaan dan ada yang mengambil peluang turut bercuti panjang balik kampung.

Menyentuh bab kesesakan jalan raya, pelbagai nasihat dan teguran telah dibuat oleh banyak pihak termasuk pihak berkuasa, namun masih ada bersikap pentingkan diri sendiri.

Iklan

Antara sikap pentingkan diri yang sering dilihat di jalan raya termasuk memotong barisan, menggunakan laluan kecemasan, membuat pusingan U di tempat tidak dibenarkan dan memotong kenderaan di garisan berkembar.

Yang menarik perhatian Merak Jalanan kali ini berkaitan penggunaan lorong kecemasan.

Iklan

Benar, sesiapa pun akan marah kalau ada mana-mana kenderaan menggunakan laluan kecemasan, lebih-lebih lagi dalam keadaan jalan raya sesak.

Bahkan ada kenderaan berat seperti lori atau treler yang menghimpit ke kiri jalan semata-mata tidak membenarkan pengguna atau kenderaan lain melalui lorong kecemasan.

Namun, pemandu yang berbuat demikian juga perlu peka, kadangkala pemandu yang guna lorong tersebut bukan kerana pentingkan diri tetapi mereka mematuhi arahan papan tanda jalan raya yang membenarkan penggunaan laluan tersebut di sesetengah tempat.

Jadi, jangan pula menghalang kenderaan yang mematuhi arahan papan tanda jalan raya hanya kerana kita yang tidak perasan papan tanda tersebut.

Kalau nak marah, marahlah pemandu yang guna lorong kecemasan di tempat tidak dibenarkan semata-mata kerana nak cepat, tak mahu menempuh kesesakan jalan raya.

Pesanan Merak Jalanan, sentiasalah berwaspada dan peka dengan arahan papan tanda jalan raya.