ALOR GAJAH - Meskipun berdepan dengan kenaikan kos bahan mentah seperti santan dan beras pulut, seorang peniaga lemang hanya menaikkan RM3 sahaja kepada RM15 sebatang berbanding RM12 tahun lalu.
Muhd Shah Rizal Mohd Ramli, 36, yang menjual lemang sejak 10 tahun lalu bersama isterinya, Nazirah Abd Rahman,35, berkata, walaupun berhadapan kos tinggi, dia tidak sampai hati menjualnya dengan harga tinggi.