Murid perempuan tertusuk besi karat beransur pulih

Iklan
Nasuha Batrisyia menunjukkan kesan kecederaan yang dialaminya kepada Khairudin.

TAMBUN - Murid perempuan Tahun Enam yang cedera di tapak tangan kanan akibat tertusuk besi pemegang tangga yang berkarat di sebuah sekolah dekat Hulu Kinta di sini bulan lalu, semakin beransur pulih.

Bapa mangsa, Mohamad Fairoz Sanit, 36, berkata, insiden itu membuatkan anaknya, Nasuha Batrisyia, 12, sedikit trauma hinggakan dilihat termenung sendirian sambil membelek tapak tangannya.

Iklan
Iklan

"Dia nampak okay dan sekali sekala ada mengadu dengan ibunya, Nor Azira Mohamd, 38, akan rasa sedih dan sakitnya hingga terpaksa makan ubat kerana tidak boleh tidur.

"Dia faham apa yang terjadi dan kami selalu beri semangat dan nasihatkan dia. Rutin harian dia juga banyak berubah tetapi kami melatih dia menggunakan tangan kiri," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Exco Pendidikan, Pengajian Tin

Iklan
Nasuha Batrisyia yang mengalami kecederaan di tapak tangan kini berlatih menulis menggunakan tangan kiri sambil diperhatikan oleh ibunya, Nor Azira.

Dalam kejadian sekitar jam 10.30 pagi pada 20 Mac lalu, murid tersebut terjatuh ketika menuruni anak tangga sebelum berpaut pada pemegang tangga yang sudah berkarat dan berlubang mengakibatkan tapak tangannya mengalami luka teruk dan berdarah.

Akibat kecederaan itu, Nasuha Batrisyia terpaksa mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan kos hampir RM10,000 selepas terpaksa menunggu lama untuk jalani rawatan pembedahan di hospital kerajaan.

Iklan

Mohamad Fairoz yang juga bekas tentera berkata, kecederaan serius membabitkan otot, saraf dan kulit yang hilang pada tapak tangan kanan anaknya itu menyebabkan dia memerlukan rawatan susulan.

"Setiap kali cuci kesan luka, nampak wajahnya takut hingga meraung kesakitan kerana isi tapak tangan terlekat ketika dibuka balutannya.

"Tangisannya itu membuat kami rasa pilu hati tetapi mahu tidak mahu rawatan perlu diteruskan meskipun mengambil masa untuk sembuh," katanya.

Khairudin (dua dari kanan) mengunjungi keluarga susulan simpati dengan kejadian yang menimpa Nasuha Batrisyia, bulan lalu.

Sementara itu, Khairudin berkata, laporan penuh berkaitan kejadian itu telah diterima pada 24 Mac lalu dan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau, kerja-kerja pembaikan akan diseliakan oleh Jabatan Pendidikan negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Utara.

"Tindakan segera kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan laluan akan dilakukan supaya kita tidak mahu murid sekolah menjadi mangsa keadaan akibat daripada pihak pengurusan sekolah yang tidak cakna berhubung keselamatan pelajar.

"Bab keselamatan pelajar adalah perkara utama kepada pengurusan sekolah dan tidak boleh diperlekehkan serta dibiarkan kerana perkara yang sama boleh berlaku kepada pelajar-pelajar lain," katanya.