Mbappe mampu jadi legenda seperti Ronaldo – Ancelotti
Iklan
Kylian Mbappe berpotensi menjadi legenda di Santiago Bernabéu seperti bekas bintang pasukan itu, Cristiano Ronaldo. - Foto: AFP
PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti, yakin Kylian Mbappe berpotensi menjadi legenda di Santiago Bernabéu, seperti bekas bintang pasukan itu, Cristiano Ronaldo.
Mbappe, 26, yang menyertai Real Madrid dari Paris Saint-Germain (PSG) pada musim panas lalu, telah menyamai rekod Ronaldo dengan 33 gol dalam musim pertamanya bersama kelab gergasi Sepanyol itu.
Iklan
Iklan
"Apa yang saya harapkan adalah Mbappe mampu mencapai apa yang telah dilakukan Ronaldo di Real Madrid, dan saya percaya dia boleh melakukannya.
"Itu bermakna dia akan menjadi legenda di Real Madrid, seperti Cristiano Ronaldo,” kata Ancelotti.
Iklan
Ronaldo menyertai Real Madrid dari Manchester United pada 2009, sebelum meninggalkan kelab itu pada 2018 sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 450 gol.
Kini, bintang Portugal itu beraksi bersama Al-Nassr di Arab Saudi, namun pernah menjaringkan 33 gol dalam 35 perlawanan pada musim pertamanya di Madrid.
Iklan
Mbappe, yang meledak dua gol ketika menentang Leganés dalam saingan La Liga pada Sabtu lalu, mengakui bahawa menyamai pencapaian Ronaldo adalah sesuatu yang luar biasa.
"Kita semua tahu apa makna Ronaldo kepada Real Madrid.
"Saya sering berhubung dengannya, dan dia banyak memberi nasihat kepada saya,” kata Mbappe kepada Real Madrid TV.
Sementara itu, Ancelotti mengingatkan bahawa pasukannya masih bersaing dalam tiga kejohanan musim ini, dengan aksi separuh akhir kedua Copa del Rey menentang Real Sociedad pada Selasa.
Madrid membawa kelebihan tipis 1-0 selepas menang di tempat lawan dalam perlawanan pertama di San Sebastián.
Jika Real Madrid berjaya menjulang Copa del Rey, Ancelotti bakal mencipta sejarah sebagai pengendali pertama kelab itu yang memenangi trofi tersebut sebanyak tiga kali.
"Berada begitu hampir ke final memberi motivasi kepada saya, pemain, dan juga kelab.
"Kami ada sedikit kelebihan dan sokongan penyokong di laman sendiri. Itu menjadi dorongan tambahan untuk kami melangkah ke final," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>