SUBANG JAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan operasi pemindahan penduduk berhampiran lokasi kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada pagi Selasa.
Pengarah JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.10 pagi.
Iklan
Iklan
"Balai bantuan yang turut terlibat dalam operasi ini ialah BBP Puchong, BBP Shah Alam, BBP Jelutong, BBP Cyberjaya, BBP Rawang, BBP Klang Selatan, BBP Klang Utara dan BBP Damansara.
"Kebakaran membabitkan kebocoran saluran paip gas Petronas sepanjang kira-kira 500 meter, dengan api yang sedang marak menjulang ke atas,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut beliau, kebakaran berlaku berhampiran kawasan perumahan awam, menyebabkan pihak bomba bersama agensi bantuan lain segera melaksanakan pemindahan penduduk di sekitar lokasi kejadian.
"Jumlah mangsa yang terlibat masih dalam siasatan,” ujarnya.