Tragedi Aidilfitri: Kanak-kanak dua tahun maut dilanggar jiran

Iklan
Tangkap layar video CCTV menunjukkan kejadian kemalangan terbabit - Foto: NDTV

DELHI – Kegembiraan menyambut Aidilfitri di sebuah kediaman di Paharganj, Delhi bertukar menjadi tragedi menyayat hati apabila seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dilanggar kereta ketika bermain di kawasan jalan di luar rumahnya.

Lebih mengejutkan, kereta terbabit dipandu oleh jirannya yang merupakan seorang remaja berusia 15 tahun.

Iklan
Iklan

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian yang berlaku pada Ahad itu, di mana kereta yang dipandu remaja terbabit menghampiri mangsa, Anaabiya dengan perlahan.

Remaja terbabit memberhentikan kenderaan kira-kira satu meter dari mangsa namun meneruskan perjalanan tanpa menyedari kehadiran kanak-kanak itu di laluannya.

Iklan

Akibatnya, kereta tersebut melanggar mangsa, menyebabkan dia terperangkap di bawah tayar hadapan kiri.

Orang awam yang menyaksikan kejadian bergegas membantu dan menarik mangsa keluar dari bawah kenderaan itu.

Iklan

Anaabiya segera dikejarkan ke hospital terdekat namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Siasatan polis mendapati bahawa kenderaan tersebut adalah milik jiran keluarga mangsa dan turut mengesahkan bahawa anak lelaki jiran berkenaan yang memandu ketika kejadian.

Kes ini didaftarkan di bawah seksyen pemanduan cuai dan menyebabkan kematian akibat kecuaian.

Polis telah menahan bapa remaja itu, Pankaj Agarwal, bagi membantu siasatan