Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Raya

Iklan
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam. Foto: Facebook Selangor Royal Office

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam, khususnya di Selangor dan seluruh Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda berharap agar perayaan ini disambut dalam suasana yang meriah, harmoni dan penuh perpaduan.

Iklan
Iklan

"Semoga budaya sambutan perayaan seperti ini dapat memperteguh jalinan kesepaduan.

"Ia juga diharapkan dapat memastikan seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum terus hidup dalam suasana penuh toleransi dan aman sentosa,” titah baginda.

Iklan
Iklan