Mualaf bersederhana sambut Aidilfitri kali pertama

Iklan
Aulia Syamimi mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Jasmani beberapa bulan yang lalu.

SHAH ALAM - Kehadiran Syawal pada tahun ini memberi seribu makna buat seorang mualaf apabila berpeluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga baharu buat pertama kali selepas memeluk Islam pada Disember tahun lalu.

Menceritakan detik sewaktu mula memeluk Islam, pembantu farmasi, Aulia Syamimi Mathius Abdullah, 30, berkata, dia yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga membuat keputusan itu selepas melihat keindahan Islam yang ditonjolkan suaminya, Jasmani Nasir, 30.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia bersama suami mengambil keputusan untuk menyambut Aidilfitri secara bersederhana mengikut syariat Islam walaupun ia pengalaman pertama buat dirinya bagi menyambut lebaran itu sebagai Muslim.

Aulia Syamimi mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Jasmani beberapa bulan yang lalu.

"Disebabkan kita di Malaysia, bagi saya Islam ini bukan asing kerana saya mempunyai ramai kawan Muslim dan lagi pula sebelum dia (Jasmani) menjadi suami, banyak yang dia ajar tentang Islam...ini sudah cukup untuk menarik minat saya untuk lebih mendalami Islam.

Iklan

"Alhamdulillah, kalau nak ceritakan tentang perasaan saya ketika mengucap dua kalimah syahadah, perasaan saya bercampur baur...sedih, terharu dan rasa bersyukur kerana dipermudahkan urusan sepanjang urusan untuk memeluk agama Islam.

"Persiapan Aidilfitri ini pula, kami cuba untuk menyambutnya dengan bersederhana sahaja tetapi perasaan saya sangat teruja kerana berpeluang menyambut bersama suami dan keluarga baharu," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Tambah wanita yang berasal dari Sabah itu, dia turut bersyukur kerana mendapat sokongan masyarakat sekeliling dan ahli keluarga selepas menyuarakan hasrat untuk memeluk Islam.

Anak kelima daripada lapan adik-beradik itu berkata, dia juga tidak berdepan sebarang masalah sepanjang tempoh menjalani ibadah puasa meskipun berlainan agama bersama keluarga.

"Bersyukur kepada ALLAH SWT, saya mendapat respons yang sangat positif daripada ibu bapa dan keluarga serta orang di sekeliling saya.

"Mengenai puasa, bagi saya agak mencabar kerana ini perkara baharu dalam hidup saya. Sebelum ini saya belum pernah lagi melakukan ibadah puasa tetapi atas dorongan suami dan keluarga, saya mula terbiasa untuk berpuasa.

"Banyak perbezaan yang saya alami selepas masuk Islam seperti mula belajar mengenai solat lima waktu, berpuasa, mula untuk memakai pakaian sopan dan menutup aurat. Insya-ALLAH masih banyak yang saya perlu belajar," ujarnya.

Dalam pada itu, Aulia Syamimi turut mempelajari bahawa berpuasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga, namun mengajar dirinya untuk sentiasa menghargai rezeki.

"Saya mengharapkan supaya kita sentiasa rasa bersyukur dengan rezeki yang ada dan saya juga harap agar masjid yang dibina ini mendapat keredhaan ALLAH SWT," katanya lagi.