KUALA LUMPUR - Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter melanda kira-kira 17 batu utara Mandalay, Myanmar pada petang Ahad selepas gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter menggegarkan rantau itu dua hari sebelumnya.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa yang berlaku berhampiran bandar kedua terbesar Myanmar itu berlaku ketika siri gegaran susulan yang melanda Myanmar sejak gempa utama pada Jumaat.