14 jam tempuh perjalanan elak 'kawah' di tengah jalan
Iklan
Keadaan jalan yang berlubang dan rosak teruk menjadi cabaran bagi perantau yang pulang ke kampung halaman di pantai timur Sabah.
KOTA KINABALU - Jalan berlubang dan rosak teruk terus menjadi cabaran utama bagi perantau yang pulang ke kampung halaman di pantai timur Sabah bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bagi mereka yang memandu dari Kota Kinabalu ke Semporna, perjalanan sejauh 560 kilometer bukan sekadar menguji ketahanan kenderaan, malah memerlukan kesabaran tinggi apabila tempoh pemanduan boleh mencecah sehingga 14 jam.
Iklan
Iklan
Mohd Azrone Sarabatin, 49, yang berkongsi pengalaman perjalanan tahunannya berkata, kali ini tiba gilirannya untuk pulang ke kampung halaman isterinya di Semporna.
Mohd Azrone memaklumkan perjalanannya ke Semporna boleh mencecah sehingga 14 jam akibat jalan berlubang dan rosak.
Namun katanya, perjalanan yang sepatutnya lancar menjadi satu cabaran besar akibat keadaan jalan raya yang uzur.
Iklan
"Kami bertolak dari Sepanggar sekitar jam 2 petang, tetapi perjalanan memakan masa 14 jam kerana saya perlu lebih berhati-hati memandu.
"Banyak jalan berlubang seperti kawah, menyebabkan kenderaan terpaksa dipandu perlahan bagi mengelakkan sebarang risiko kerosakan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Iklan
Menurutnya, terdapat dua laluan utama untuk ke pantai timur Sabah, sama ada melalui Kota Kinabalu-Papar-Keningau-Kalabakan-Tawau atau Kota Kinabalu-Ranau-Sandakan sebelum meneruskan perjalanan ke Semporna.
Keadaan jalan raya yang teruk sering menjadi rungutan pengguna setiap kali musim perayaan, namun sehingga kini belum ada penyelesaian tuntas bagi menangani masalah tersebut.
"Saya memilih laluan Ranau-Sandakan, namun keadaan jalan amat menyedihkan, terutamanya di laluan Ranau-Telupid-Pos Kawalan Sandakan dan seterusnya dari Pekan Kinabatangan hingga ke jambatan Sungai Kinabatangan.
"Banyak jalan berlubang dan permukaan jalan tidak rata, menjadikan perjalanan lebih mencabar," katanya yang turut berkongsi video perjalanannya di media sosial pada Ahad.
Keadaan jalan raya yang teruk ini sering menjadi rungutan pengguna setiap kali musim perayaan, namun sehingga kini belum ada penyelesaian tuntas bagi menangani masalah tersebut.
Sebelum ini, Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya memaklumkan kebanyakan jalan persekutuan di Sabah telah melebihi jangka hayat reka bentuknya iaitu melebihi 20 tahun.
Katanya, jalan tersebut tidak lagi sesuai untuk penyelenggaraan rutin, sebaliknya perlu dinaik taraf secara menyeluruh bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna.
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.