Lagak 'superman' makan diri

Iklan
Aksi 'superman' seorang penunggang motosikal di jalan Persisir Pantai Pulau Kambing, Bachok menjerat diri selepas ditahan polis pada Khamis.

BACHOK - Aksi 'superman' seorang penunggang motosikal di jalan Persisir Pantai Pulau Kambing, di sini menjerat diri selepas ditahan polis pada Khamis.

Lelaki berusia 20 tahun itu yang melakukan aksi tersebut berulang kali ditahan menerusi Op Samseng Jalanan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, sepanjang operasi itu sebanyak 65 keping saman telah dikeluarkan kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan.

"Selain itu, kita turut menyita 12 motosikal.

Iklan

"Ibu bapa dinasihati supaya sentiasa mengawasi anak-anak yang menggunakan motosikal terutamanya di kalangan bawah umur," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Menurut beliau, tindakan itu bertujuan mengelakkan anak-anak mereka supaya tidak melakukan aksi yang boleh membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Iklan