CUCKOO Malaysia lancar prospektus IPO

Iklan
Dari kiri: Ankur, Tommy, Kevin, Kian Choon, Bryan, Seng Lee, Queenie, Wee Keng dan Christopher.

CUCKOO International (MAL) Berhad (CUCKOO Malaysia) Pencipta Kediaman Sihat yang komited dalam memupuk gaya hidup lebih sihat untuk pelanggan melalui peralatan rumah, barangan isi rumah, produk penjagaan kulit dan pemakanan, serta perkhidmatan penjagaan kediaman melancarkan prospektus bagi Tawaran Awam Permulaan (IPO) pada Rabu.

Pelancaran prospektus adalah bertepatan dengan cadangan penyenaraian di pasaran utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) yang dijadualkan pada 30 April 2025.

Iklan
Iklan

Dilaporkan syarikat menyasarkan untuk mengumpul anggaran RM184.8 juta melalui penerbitan 143,280,000 saham terbitan pada Harga IPO.

Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Hoe Kian Choon berkata, CUCKOO Malaysia kini merupakan pemain kedua terbesar dalam industri penyewaan peralatan rumah dan barangan isi rumah di Malaysia.

Iklan

"Berdasarkan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dengan pegangan pasaran dianggarkan sebanyak 19.6 peratus dan berdasarkan jumlah pesanan aktif setakat 31 Disember 2024 dengan pasaran dianggarkan pada 23.1 peratus, kami juga adalah peneraju pasaran berdasarkan jumlah cawangan setakat 28 Februari 2025.

"Dengan hasil daripada IPO ini, kami berhasrat untuk mengukuhkan kedudukan pasaran kami melalui pengembangan produk dan perkhidmatan, peningkatan SKU produk, serta memperluaskan segmen pelanggan," katanya dalam kenyataan.

Iklan

Turut hadir Pengarah Pasaran Modal Ekuiti dan Ketua Serantau, RHB Investment Bank Berhad, Ankur Khandelwal; Ketua Kewangan Korporat, RHB Investment Bank Berhad, Tommy Har; Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan RHB Investment Bank Berhad, Kevin Davies dan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif, CUCKOO International (MAL) Berhad, Hoe Kian Choon.

Selain itu, Ketua Pegawai Kewangan, CUCKOO International (MAL) Berhad,Bryan Yeong; CUCKOO International (MAL) Berhad, Toh Seng Lee, Ketua Pegawai Operasi; Ketua Pegawai Pemasaran, CUCKOO International (MAL) Berhad,Queenie Goh; Ketua Pegawai Eksekutif, AmInvestment Bank Berhad, Tracy Chen Wee Keng dan Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan, AmBank (M) Berhad, Christopher Yap Huey Wen turut hadir.

Tambah Kian Choon, syarikat turut merancang untuk memperkukuh kehadiran dalam talian dan luar talian serta menambah baik pasukan jualan dan perkhidmatan kami bagi meningkatkan pengalaman pelanggan.

Beliau turut mengakui, industri penyewaan peralatan rumah dan barangan isi rumah telah mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 14.4 peratus, melebihi kadar pertumbuhan pembelian langsung dengan CAGR kurang daripada 10 peratus antara tahun 2019 hingga 2024.

Untuk rekod, berdasarkan jumlah saham biasa yang diperbesar kepada 1,432,800,000 saham selepas penyenaraian dan Harga IPO, anggaran modal pasaran syarikat adalah kira-kira RM1.85 bilion.

Harga awal bagi Saham Terbitan yang ditawarkan di bawah tawaran runcit IPO Syarikat ("Tawaran Runcit”) ditetapkan pada Harga Runcit RM1.29 sesaham.

Walau bagaimanapun, harga akhir sesaham bagi pelabur runcit hanya akan ditentukan dan diumumkan selepas pelabur institusi akan membuat bidaan untuk menentukan harga institusi yang akan dibayar dalam tawaran institusi IPO Syarikat ("Harga Institusi”).

Harga akhir bagi Tawaran Runcit ("Harga Runcit Akhir”) akan menjadi harga yang lebih rendah antara Harga Runcit dan Harga Institusi.

Jika Harga Runcit Akhir lebih rendah daripada Harga Runcit, perbezaan harga akan dikembalikan kepada pemohon yang berjaya tanpa faedah. Harga Runcit Akhir akan ditentukan pada tarikh yang akan datang selepas Harga Institusi ditetapkan.

Berikutnya, CUCKOO Malaysia merancang untuk memperuntukkan 56.7 peratus hasil IPO bagi pembelian produk untuk pengembangan perniagaan sewaan; 21.6 peratus untuk pembayaran balik pinjaman bank; 2.7 peratus untuk pembukaan ‘Brandshops’; 3.0 peratus bagi peningkatan sistem IT; 5.4 peratus untuk pengembangan CUCKOO International (S) Pte Ltd dan baki selebihnya akan digunakan untuk perbelanjaan berkaitan penyenaraian.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan RHB Investment Bank Berhad, Kevin Davies berkata, selaku penasihat tunggal untuk IPO tersebut, pihaknya menyokong syarikat yang berani meneroka sempadan baharu.

"Kami berusaha untuk bekerja rapat dengan pelanggan kami bagi membantu mereka mencapai visi strategik jangka panjang melalui penyelesaian perbankan pelaburan khusus kami.

"Penglibatan kami dalam IPO CUCKOO Malaysia mengukuhkan komitmen kami dalam menyokong pertumbuhan transformasi dan kejayaan berterusan syarikat ini,” katanya.

Sempena pelancaran prospektus, tempoh permohonan untuk Tawaran Runcit akan bermula pada Rabu dan berakhir pada 10 April 2025 pada pukul 5 petang.