Persatuan Penduduk Islam hargai jasa pegawai Masjid Al Madaniah USJ 18

Iklan
AMRAN (enam dari kanan) ketika program moreh bersama pegawai Masjid Al Madaniah USJ 18 di sebuah hotel di Shah Alam baru-baru ini.

BULAN Ramadan sering dikaitkan dengan ibadah, kebaikan dan amal jariah, namun ada satu kelompok yang sering terlepas pandang dalam diberi penghargaan iaitu para petugas masjid.

Menyedari hakikat ini, Persatuan Penduduk Islam (PPI) USJ 16-USJ 27 mengambil inisiatif untuk meraikan dan menghargai jasa petugas masjid termasuk imam, bilal dan siak Masjid Al Madaniah USJ 18, Subang Jaya baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Pengerusi PPI USJ 16-USJ 27, Amran Ahmad berkata, pegawai masjid merupakan tulang belakang yang melancarkan perjalanan harian rumah ibadah berkenaan.

Ujarnya, pihaknya terpanggil untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk sumbangan wang tunai kepada petugas masjid selain meraikan mereka dalam program moreh di sebuah hotel di Shah Alam.

Iklan

Menurutnya lagi, ini merupakan kali pertama persatuan mengambil inisiatif tersebut.

"Kalau bukan kita yang menghargai mereka, siapa lagi? Mereka telah berkhidmat untuk masyarakat dan sewajarnya kita beri penghormatan kepada mereka,” katanya.

Iklan

Amran berkata, inisiatif PPI diharap dapat menjadi contoh kepada masyarakat lain agar terus menghargai mereka yang berkhidmat tanpa mengharapkan sebarang balasan.