Pesawat AirAsia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar

Iklan
Keadaan di lokasi kejadian di KLIA 2.

SEPANG - Sebuah pesawat AirAsia yang membawa 171 orang dari Kuala Lumpur ke Shenzhen, China melakukan pendaratan cemas akibat kebakaran enjin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini, pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 10.37 malam, Rabu.

Iklan
Iklan

"Seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya dimaklumkan pesawat jenis Airbus A320-216 bertolak pada jam 9.59 malam, sebelum berpatah balik ke KLIA 2 kerana berlaku kebakaran enjin di sebelah kanan pesawat.

Iklan

Berlaku kebakaran enjin di sebelah kanan pesawat.

"Pesawat masih berlegar di udara sementara menunggu arahan untuk mendarat, pesawat telah berjaya mendarat pada jam 12.08 tengah malam," katanya.

Iklan

Menurutnya, pesawat itu mengalami kerosakan pada 'pneumatic cutting burst.

"Api telah dipadamkan oleh sistem Halon dalam pesawat sebelum mendarat. Anggota bomba bertindak membantu mengeluarkan mangsa daripada pesawat dan memastikan tiada lagi punca api," ujarnya.