Tengku Zafrul perlu bina legasi sendiri - Rashid
Iklan
Laporan Sukan Sinar pada Rabu (kiri), Rashid
CALON pilihan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz perlu memacu badan induk itu ke tahap lebih tinggi berbanding era kepimpinan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.
Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek berkata, Mohamad Norza telah meletakkan asas kukuh dalam pembangunan badminton negara termasuk kejayaan meraih pingat dua pingat gangsa di Sukan Olimpik dan melahirkan juara dunia.
Iklan
Iklan
Justeru katanya, cabaran buat Tengku Zafrul adalah memastikan Malaysia terus konsisten melahirkan juara serta meningkatkan pencapaian sedia ada.
"Sebelum ini (Tan Sri) Mohamad Norza memainkan peranan yang penting. Dapat tingkatkan mutu sukan badminton dan raih pingat Sukan Olimpik. Sebelum ini belum ada juara dunia, tetapi di bawah kepimpinan beliau ada juara dunia.
Iklan
Pencapaian terbaik sepanjang di bawah kepimpinan Mohamad Norza selama dua penggal sejak 2017 adalah beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 serta Paris 2024 serta turut mencipta sejarah muncul pemain pertama bergelar juara dunia pada 2022.
Rashid juga berharap BAM bukan sekadar mengekalkan momentum sedia ada, tetapi perlu mencipta lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa.
Iklan
Beliau berkata, kepimpinan baharu BAM juga wajar meneliti semula aspek pentadbiran, pembangunan pemain serta kerjasama antara pegawai, jurulatih dan atlet bagi memastikan hala tuju lebih jelas.
"Moga ada peningkatan dan kemajuan dari segi kejuaraan antarabangsa di bawah kepimpinan baharu nanti.
"Bukan sahaja pentadbiran, tetapi dari segi peningkatkan prestasi pemain-pemain dan kolektif kerjasama antara pegawai, pemain dan jurulatih,” katanya.
Badan induk badminton negara pada Selasa menamakan Tengku Zafrul sebagai calon presiden BAM.
Pemangku Presiden BAM, Datuk V Subramaniam berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan menyeluruh bersama ahli-ahli majlis yang mengutamakan kepentingan badan induk badminton negara itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>