Juruterbang maut helikopter padam kebakaran terhempas

Iklan
Seorang juruterbang maut selepas helikopter yang dikendalikannya terhempas di daerah Uiseong, tenggara Korea Selatan pada Rabu ketika berusaha memadam kebakaran hutan.

UISEONG (Korea Selatan) - Pihak berkuasa Korea Selatan mengesahkan seorang juruterbang maut selepas helikopter yang dikendalikannya terhempas di daerah Uiseong, tenggara Korea Selatan pada Rabu ketika berusaha memadam kebakaran hutan.

Helikopter itu terhempas di kawasan pergunungan di Uiseong, kira-kira 180 kilometer tenggara Seoul pada jam 12.54 tengah hari waktu tempatan, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Perkhidmatan Perhutanan Korea.

Iklan
Iklan

Juruterbang berusia 73 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Helikopter jenis S-76 yang dibina pada 1995 itu mampu membawa 1,200 liter air dan telah beroperasi selama kira-kira 30 tahun.

Iklan

Susulan insiden itu, Perkhidmatan Perhutanan Korea menggantung operasi semua helikopter yang membantu memadam kebakaran itu buat sementara waktu.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian. - Bernama/Yonhap

Iklan