Bukan semua premis diarah tutup pada hari raya pertama
Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan semua premis perniagaan di Kelantan wajib tutup operasi pada 1 Syawal.
KOTA BHARU - Bukan semua perniagaan diarahkan ditutup pada Hari Raya Aidilfitri pertama sebaliknya hanya empat jenis perniagaan yang tidak dibenarkan beroperasi.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, arahan penutupan itu selaras dengan Akta Pelepasan 1951 yang membabitkan pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan restoran makanan segera.
Iklan
Iklan
Beliau memberitahu, arahan berkenaan selaras dengan hak pekerja yang diberi keutamaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Ramai yang salah anggap bahawa semua premis diarahkan tutup pada hari raya pertama, sedangkan hanya empat jenis perniagaan diarahkan tutup," katanya.
Iklan
Berlaku salah faham apabila media pada Ahad melaporkan semua premis perniagaan wajib menutup operasinya pada 1 Syawal sempena Hari Raya Aidilfitri.
Hilmi turut memberitahu, kerajaan negeri memberi kelonggaran kepada pemilik pasar raya melanjutkan operasi mereka sehingga jam 11 malam berbanding pada hari biasa iaitu 10 malam.
Iklan
"Kelonggaran itu diberikan dalam tempoh seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri bagi membolehkan orang ramai membuat persediaan yang mencukupi," katanya.
Bagaimanapun katanya, pemilik pasar raya perlu membuat permohonan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut"><meta itemprop="description" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #kemalanganmaut #keskemalangan #KualaKrai"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T11:28:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P130S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbraq7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbraq7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbraq7y"></script>