PARIS - Dua jet Alpha milik pasukan aerobatik Tentera Udara Perancis bertembung ketika sesi latihan berhampiran Saint-Dizier, timur Perancis pada Selasa, kata Menteri Pertahanan Sebastien Lecornu.
Kedua-dua juruterbang"Patrouille de France” terselamat selepas berjaya melenting keluar, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.