Curi buah oren, kereta pencuri dibakar penduduk

Iklan
Tindakan tiga lelaki mencuri 16 guni buah oren di Kampung Paleran, daerah Umbulsari, Kabupaten Jember mengundang padah apabila seorang daripada mereka berjaya diberkas, manakala kenderaan yang digunakan pula dibakar penduduk hingga rentung. Foto hiasan

JAWA TIMUR – Tindakan tiga lelaki mencuri 16 guni buah oren di Kampung Paleran, daerah Umbulsari, Kabupaten Jember mengundang padah apabila seorang daripada mereka berjaya diberkas, manakala kenderaan yang digunakan pula dibakar penduduk hingga rentung.

Kejadian berlaku sekitar jam 2.45 pagi Isnin ketika penduduk sedang bersiap untuk bersahur.

Iklan
Iklan

Suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Daihatsu dipercayai cuba melarikan hasil curi sebelum kehadiran pihak berkuasa di kawasan itu menggagalkan rancangan mereka.

Ketua Polis Umbulsari, Iptu Dian Eko Timuriyono berkata, anggotanya yang sedang melakukan rondaan bersama pegawai kampung mengesan tiga individu mencurigakan di tepi sawah sedang memindahkan guni oren ke dalam kereta.

Iklan

Suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Daihatsu dipercayai cuba melarikan hasil curi sebelum kehadiran pihak berkuasa di kawasan itu menggagalkan rancangan mereka.

"Ketika dihampiri, suspek panik sebelum dua daripada mereka bertindak melarikan diri.

Iklan

"Seorang berjaya ditahan walaupun cuba melawan," katanya pada Selasa.

Jelas beliau, jeritan penduduk yang melihat kejadian itu menyebabkan lebih ramai orang keluar dan cuba mengejar dua lagi suspek yang melarikan diri.

"Bagaimanapun, kerana keadaan gelap dan suspek dipercayai membawa senjata tajam, mereka berjaya melepaskan diri," katanya.

Susulan kejadian itu, penduduk yang berang bertindak membakar kereta suspek yang ditinggalkan di lokasi kejadian.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu dan pihaknya telah merampas 16 guni oren yang dicuri sebagai bahan bukti.

"Seorang suspek kini dalam tahanan untuk siasatan lanjut, manakala usaha mengesan dua lagi rakan subahatnya sedang giat dijalankan," katanya. - Agensi