Peranan wakil negara angkat World #QuranHour ke peringkat global

Iklan
Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar

GOMBAK - Duta dan pesuruhjaya tinggi negara yang berada di Malaysia memainkan peranan penting mengangkat program World #QuranHour ke peringkat global pada masa akan datang.

Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar berkata, usaha itu bertujuan bagi mempopularkan program tersebut sekali gus menghidupkan kembali semangat cintakan al-Quran dalam kalangan umat Islam.

Iklan
Iklan

"Malaysia boleh memberi bimbingan kepada program ini. Jelas daripada program tadi, semuanya bertujuan untuk menghidupkan kembali semangat cintakan al-Quran dan mengamalkan serta menghayati ajarannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas World #QuranHour 2025 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM pada Selasa.

Iklan

Ujar beliau, pada tahun ini, Surah Al-Saff dipilih sebagai fokus utama kerana kandungannya yang sarat dengan mesej berkaitan disiplin, kesatuan dan kepimpinan.

Menurutnya, surah tersebut menekankan kepada keperluan umat Islam untuk bersatu, di mana pemimpin, ulama dan umat Islam secara keseluruhan perlu berganding bahu dalam mempertahankan kebenaran.

Iklan

"Kita merayakan ini dalam suasana di mana rakyat Palestin menghadapi ujian yang sangat besar.

"Apa yang boleh kita lakukan adalah mendoakan pertolongan daripada ALLAH SWT agar mereka dilindungi," ujarnya.

Tambah beliau, program World #QuranHour perlu diperluaskan ke segenap lapisan masyarakat, khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi.

Katanya, UIAM juga sedia memainkan peranan tersebut bagi membantu World #QuranHour diperkembangkan kepada masyarakat tanpa mengira umur.

"Peranan UIAM sebagai pusat pengajian tinggi adalah untuk membantu menyebarkan dan memperkasakan gerakan World #QuranHour ini," menurutnya.