World #QuranHour rujukan terbaik satukan umat Islam dunia

Iklan
Hussamuddin turut serta membacakan Surah Al-Saff sempena program World #QuranHour 2025 pada Selasa.

GOMBAK - Kempen World #QuranHour yang menerapkan kempen membaca dan mencintai al-Quran mampu menjadi rujukan terbaik dalam usaha menyatukan umat Islam melalui penghayatan kalam suci itu.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, walaupun negara lain menganjurkan kempen sama, pengaruh besar Malaysia dilihat berpontensi membawa ke satu tahap lebih tinggi di peringkat antarabangsa.

Iklan
Iklan

"Kita harap kalau boleh seluruh dunia terapkan perkara sama kerana kalau lihat situasi sekarang, umat Islam terlampau berpecah, bergaduh sesama sendiri, hina-menghina, fitnah memfitnah antara satu sama lain.

Hussamuddin

"Melalui taddabur surah dalam al-Quran, mesej yang jelas boleh disampaikan kepada ulama, umarak dan ummah bahawa kita kena bersatu.

Iklan

"Saya ambil peluang ini untuk menyeru semua pemimpin-pemimpin Islam termasuk di Malaysia, ketepikan ego, cita-cita peribadi dan fikirkanlah tentang kepentingan ummah," katanya ketika ditemui selepas program World #QuranHour 2025 pada Selasa.

Program interaksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal anjuran WUIF yang dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu mengangkat tema #SavingTheUmmah berpandukan Surah Al-Saff.

Iklan

Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menjadi lokasi perdana kepada acara kali ini juga menyaksikan keberangkatan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar mencemar duli berangkat ke Program World #QuranHour 2025 di Masjid Sultan Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Selasa.

Dalam pada itu Hussamuddin yang juga Penasihat Kumpulan Karangkraf turut menyeru pemimpin negara untuk memperkenalkan kempen berkenaan ke negara-negara Islam lain menerusi kerjasama antara kerajaan.

Ini kerana menurutnya, kemampuan WUIF sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhad berbanding pengaruh yang boleh dibawa oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Lihat, kaji dan arahlah pasukan di Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Menteri Agama untuk memahami apa sebenarnya tujuan disebalik kampen ini.

"Dengan adanya sokongan dari kerajaan, sudah pasti kempen ini disambut baik oleh masyarakat dunia terutama dalam menyatukan umat Islam sejagat selain dapat memupuk minat orang membaca al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan dalam hidup," ujarnya.