Belajar al-Quran kewajipan seumur hidup

Iklan
Program World #QuranHour Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di Masjid An-Nur, Masjid Daerah Kampar di pada Selasa diimarahkan dengan kehadiran hampir 1,000 peserta.

KAMPAR -"Tiada batas usia untuk belajar al-Quran."

Kata-kata itu menjadi pegangan kepada seorang peserta Rumah Ngaji, Salma Uda Mat Esa, 75, yang mengisi usia tuanya dengan mengikuti kelas al-Quran.

Iklan
Iklan
Salma

Salma dari Ipoh menyifatkan, belajar al-Quran adalah kewajiban seumur hidup dan sewajarnya tidak ada alasan untuk tidak belajar meskipun telah lewat usia.

"Kalau sebut pasal al-Quran, saya jadi seronok dan semangat.

Iklan

"Dari awal Rumah Ngaji ditubuhkan sampailah sekarang, belum pernah lagi saya ketinggalan ikuti program dan aktiviti dianjurkan temasuklah QuranHour," katanya kepada Sinar Harian.

Penganjuran program World #QuranHour Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di Masjid An-Nur, Masjid Daerah Kampar pada Selasa disertai hampir 20 Rumah Ngaji di sekitar Ipoh, Gopeng serta Kampar.

Pesara Juruteknik Telekom itu antara 1,000 peserta yang hadir mengimarahkan program World #QuranHour Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di Masjid An-Nur, Masjid Daerah Kampar di sini pada Selasa.

Iklan

Salma yang aktif bersama Rumah Ngaji Masjid Paloh di Kampung Paloh, Ipoh mengakui dapat memperbaiki bacaan terutama dari segi hukum tajwid dan makhraj.

Pengerusi Rumah Ngaji Perak, Robaatun Hadayiah Harun (empat dari kiri) menyampaikan bantuan kepada 20 ibu tunggal berupa beras dan duit raya sumbangan Rumah Ngaji Perak.

"Orang lama macam saya ni biasanya baca ikut fesyen lama, tetapi sekarang dah ada banyak cara bacaan. Alhamdulillah, saya dah boleh ikut," katanya.

Penganjuran kali ini disertai hampir 20 Rumah Ngaji di sekitar Ipoh, Gopeng serta Kampar dan diimarahkan dengan kehadiran 30 pelajar Maahad Tahfiz Al Quddus, Tanjung Tualang dan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat ADDIN, Tualang Sekah.

Nazrul Fazami

Sementara itu, Pengerusi Masjid An-Nur, Nazrul Fazami Mohamad berkata, kehadiran dan sokongan ramai menunjukkan program ilmu seumpama itu sentiasa mendapat tempat lebih-lebih lagi pada Ramadan ini.

"Kami di Masjid Daerah Kampar ini sentiasa terbuka dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin mengadakan kerjasama, menjayakan apa juga program untuk kita mengimarahkan masjid ini," katanya.

Imam utama Masjid Sultan Azlan Shah, Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan mengendalikan sesi tadabbur Surah Al-Saff.

Beliau yang juga Pegawai Daerah Kampar berkata, penganjuran World #QuranHour yang masuk tahun ke-10 merupakan satu kejayaan kepada Rumah Ngaji.

"Program ini harus diteruskan setiap tahun dengan memilih masjid di daerah-daerah lainnya untuk memberi ruang dan peluang kepada masyarakat setempat memahami aspirasi kumpulan mengaji al-Quran," tambahnya.