134 pangkalan haram di Sungai Golok 'berkubur' - Saifuddin

Iklan
Saifuddin dalam sidang akhbar selepas Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-218 di Pulapol Kuala Lumpur pada Selasa. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR - Tindakan tegas pihak berkuasa berjaya menutup sebanyak 134 pengkalan haram di sempadan negara sepanjang Sungai Golok, Kelantan bagi membanteras aktiviti penyeludupan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq juga telah dikerahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Pasukan Polis Marin (PPM) dan elemen PGA juga memainkan peranan besar dalam mengawasi kawasan sempadan yang berisiko tinggi.

"Kawalan sempadan negara adalah satu aspek penting dalam keselamatan.

Iklan

"Kita mengambil pendekatan 'omnipresence' bagi memastikan kehadiran anggota di lokasi strategik seperti di masuk utama (contohnya Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar)," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Beliau berkata, bagi keselamatan sempadan maritim, pemantauan sepanjang masa dilaksanakan oleh pasukan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menerusi Op Khas Pagar Laut.

Iklan

Katanya, operasi khas ini bagi mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin, penyeludupan dadah dan jenayah rentas sempadan.

"Kawalan sempadan juga turut membabitkan pengawasan laluan pantai dan batu nautika yang dikendalikan oleh PPM dengan kerjasama pihak berkuasa negeri dan kerajaan Kelantan.

"Ini membuktikan kesiapsiagaan tertinggi pasukan polis termasuk pada musim perayaan," tegasnya.

Dalam pada itu, kata Saifuddin Nasution, negara juga berdepan dengan ancaman puak militan dan isu keselamatan namun pasukan Cawangan Khas menunjukkan rekod yang sangat baik.

"Selain itu, PGA telah menunjukkan prestasi cemerlang menerusi Op Hazard bagi membanteras kegiatan e-waste haram dengan nilai rampasan hampir RM3 bilion.

"Ini menunjukkan bahawa pencapaian ini bahawa polis sentiasa bersiap sedia," jelasnya.

Saifuddin Nasution berkata, Malaysia kini berada di kedudukan ke-10 sebagai negara paling aman di dunia berbanding tahun 2023 daripada 163 negara yang dinilai berdasarkan pelbagai indikator keselamatan.

"Penilaian menggunakan Global Peace Index (GPI) sebagai kayu ukur yang diterima di peringkat antarabangsa.

"Satu lagi indikator yang kita gunakan adalah kedudukan Malaysia dalam Tier 2 bagi memerangi pemerdagangan manusia," tambahnya.