PENYANYI Ara Johari berdepan detik cemas apabila seekor ular sawa kelihatan cuba memasuki kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya ketika dalam perjalanan pulang dari Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada jam 4 pagi Isnin.
Menerusi video dikongsikannya di aplikasi @threads, reptilia tersebut dikatakan menyelinap masuk ke dalam enjin Honda HRV miliknya.