Suri rumah, pesara rugi lebih RM300,000 ditipu 'pegawai polis'

Iklan
Seorang suri rumah dan pesara mengalami kerugian keseluruhan RM349,086 akibat diperdaya individu menyamar pegawai polis, awal bulan ini. - Foto hiasan

SEREMBAN - Seorang suri rumah dan pesara mengalami kerugian keseluruhan RM349,086 akibat diperdaya individu menyamar pegawai polis, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, wanita berusia 54 tahun itu kerugian hampir RM186,000 manakala pesara berumur 66 tahun rugi RM163,000.

Iklan
Iklan

"Pengadu terima panggilan daripada nombor telefon tidak dikenali menyamar sebagai pegawai polis dan menyatakan pengadu terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.

"Mangsa diberitahu waran tangkap dikeluarkan ke atas nama mereka pada 7 hingga 22 Mac, kemudian kedua-dua pengadu membuat pindahan wang secara dalam talian sebanyak sembilan transaksi ke dalam lapan akaun bank berbeza dengan jumlah RM 349,086,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Abdul Malik berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada 6.24 petang hari sama dan siasatan awal mendapati modus operandi suspek juga sama.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama

Iklan