‘AEON Mesra Ramadan Bersama Komuniti’ kukuhkan semangat kerjasama

Iklan
Kanak-kanak diraikan dengan jamuan berbuka puasa dan pemberian duit raya di majlis AEON Mesra Ramadan Bersama Komuniti

NILAI – AEON mengukuhkan komitmennya terhadap komuniti tempatan melalui program AEON Mesra Ramadan Bersama Komuniti, satu inisiatif yang direka untuk menyemarakkan semangat Ramadan, sambil membina hubungan yang bermakna dengan komuniti.

Acara yang diadakan di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan Jumaat lalu, dihadiri Menteri Besar Negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun, Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nilai, Arul Kumar Jambunathan dan Pengerusi AEON, Datuk Iskandar Sarudin serta Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada.

Iklan
Iklan

Program tersebut menampilkan pelbagai aktiviti berbentuk kemasyarakatanatan, termasuk gotong-royong memasak juadah, di mana para peserta bekerjasama untuk menyediakan hidangan tradisional Malaysia seperti dodol dan bubur lambuk.

Tradisi pengagihan bubur lambuk tahunan ini dilaksanakan di semua 28 lokasi AEON Mall di seluruh negara, dengan sejumlah 31,000 pek dijangka diedarkan secara berperingkat dari 15 hingga 23 Mac.

Iklan

Aminuddin (kanan), Iskandar (tengah) dan Naoya (kiri) turut sama dalam aktiviti memasak bubur lambuk.


Pihak pengurusan dan sukarelawan dari AEON, ahli komuniti setempat, wakil dari pihak berkuasa tempatan dan NGO serta pelajar Universiti Antarabangsa INTI, Nilai, turut serta dalam usaha ini.

Selain itu, AEON bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk menganjurkan Bazar Ramadan di beberapa pusat membeli-belahnya, yang menampilkan 22 perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS), dengan pelbagai keperluan Hari Raya, termasuk kuih raya, pakaian dan aksesori, serta produk hiasan rumah.

Iklan

Selain menyokong PMKS, inisiatif ini memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ekonomi tempatan dan mewujudkan peluang baru untuk usahawan kecil berkembang bersama AEON.

Naoya (kiri) turut mengagihkan bubur lambuk dan dodol kepada pengunjung AEON Mall Nilai.


Aminuddin juga memuji peranan AEON dalam memupuk komuniti tempatan melalui pelbagai inisiatif, menyebarkan kebaikan dan meriahkan semangat Ramadan.

"Aktiviti ini mencerminkan komitmen AEON dalam mengamalkan konsep Ihsan, yang merupakan salah satu teras utama yang diketengahkan oleh kerajaan,” katanya.

Antara kemuncak program Ramadan ini ialah inisiatif khas untuk menyokong lebih kurang 100 kanak-kanak dari Pertubuhan Anak Yatim & Miskin Semarak, Sekolah Kebangsaan Nilai Impian dan Komuniti Sikamat di Seremban.

Mereka menerima sumbangan RM200 setiap seorang untuk membeli keperluan Aidilfitri, bersama RM50 dalam bentuk duit raya.

Timbalan Pengarah Urusan AEON, Tsugutushi Seko membantu kanak-kanak mendapatkan pakaian raya mereka.


Inisiatif ini adalah salah satu program tanggungjawab sosial korporat AEON, yang dikendalikan melalui Yayasan AEON Malaysia (MAF), dengan matlamat memastikan golongan yang memerlukan dapat menikmati sambutan Aidilfitri dengan lebih bermakna.

Sementara itu, Iskandar menyatakan bahawa inisiatif melaksanakan pelbagai aktiviti dalam satu lokasi dan pada hari yang sama, membuktikan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia ini.

"Ia juga merupakan aspirasi kami untuk memberikan impak positif kepada masyarakat, sejajar dengan nilai AEON yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan ekosistemnya,” tambahnya.