Drama pendek Kepulangan angkat konflik ibu dan anak

Iklan
Filem pendek ‘Kepulangan’ mengangkat kisah kekeluargaan antara ibu dan anak.

[DIKEMAS KINI] FILEM pendek Kementerian Perpaduan Negara bersempena Hari raya Aidilfitri yang bertajuk ‘Kepulangan’ mengangkat kisah kekeluargaan di antara ibu dan anak.

Kepulangan berkisar tentang konflik anak tunggal lelaki, Ismail, yang berusia pertengahan 20-an yang masih tinggal bersama ibunya, Puan Faridah.

Iklan
Iklan

Mentaliti masyarakat kita yang kebanyakannya memandang lelaki harus hidup berdikari dan tinggal berasingan daripada ibu dan ayah.

Konflik tercetus di mana rakan sekerja Ismail kerap mengusik kerana dia masih tinggal bersama ibunya.

Iklan

Rakan sekerja Ismail yang berasal dari negeri Borneo telah lama merantau dan hidup berdikari, membuatkan ego Ismail tercabar.

Pelakon utama Kepulangan, Izzul Faiq, berkata, watak Ismail amat dekat dengan dirinya.

Iklan

Dari kiri: Reza Shah sebagai Felix, Izzul Faiq sebagai Ismail dan Hugo Amandus sebagai Richard.

"Saya sendiri pernah melalui pengalaman ini. Adakalanya desakan orang sekeliling membuatkan ego diri tercabar. Lebih teruk lagi apabila berlaku sengketa yang membuatkan hubungan keluarga diuji,” kata Izzul.

Filem pendek arahan Zaiham Zainal turut melibatkan pelakon-pelakon lain seperti Lizzy dan Deva selain Ismail dan Faridah.

Filem pendek ini harus ditonton oleh segenap lapisan masyarakat demi memastikan kita semua menerima mesej utama iaitu Faham, Hormat dan Terima yang bermaksud, kita faham akan kepelbagaian agama di negara ini dan kita hormat setiap amalan masyarakat yang berbilang agama serta menerima setiap perbezaan dalam menghormati setiap agama di Malaysia.

Kiri belakang: Felix, Ismail dan RichardKiri depan: Nicole (Lizzy), Rosnah Johari (Faridah) dan Dhakshu Valentina (Deva).

Idea filem pendek ini difahamkan telah dicetuskan oleh Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara yang mana beliau sangat menjunjung tinggi perpaduan dan keharmonian dalam kepelbagaian di negara ini.

Kepulangan telah mula ditayangkan melalui RTM, Bernama, TVS dan ASTRO serta platform media sosial Menteri Perpaduan Negara dan Kementerian Perpaduan.