Bekas polis tembak abang ipar akibat berebut harta

Iklan
Suspek dibawa polis selepas menambak abang ipar selepas pertikaian harta di Bang Mod, Chom Thong, Bangkok. Foto Agensi

BANGKOK - Seorang bekas pegawai polis menembak mati abang iparnya dan mencederakan kakaknya dalam satu pertikaian mengenai hak milik rumah di Bang Mod, Chom Thong, Bangkok pada Ahad.

Portal Thaiger melaporkan dalam kejadian jam 1.04 tengah hari (waktu tempatan), suspek, Sonchai, 69, bekas anggota polis dari Balai Polis Samrae, bertindak melepaskan tembakan menggunakan pistol 38 kaliber, menyebabkan abang iparnya, Sirinat, maut akibat tembakan di kepala.

Iklan
Iklan

Kakaknya, Sieamnai, 75, pula cedera parah selepas terkena tembakan di mata kanan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan.

Pegawai penyiasat, Leftenan Polis Thanathat Ratsameepupa dari Balai Polis Tha Kham, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama pasukan penyiasat.

Iklan

Setibanya di rumah teres dua tingkat itu, polis menahan suspek yang masih memiliki senjata api dengan lima butir peluru.

Siasatan awal mendapati pertikaian berlaku selepas mahkamah memutuskan rumah tersebut menjadi milik kakak suspek.

Iklan

"Selepas bersara, kakak saya minta untuk tinggal bersama, tapi kami sering bertengkar. Dia yang bayar ansuran rumah, saya tak bantu bayar, tapi ada bayar bil air dan elektrik sekali-sekala.

"Kemudian dia bawa kes ke mahkamah dan rumah diserahkan kepadanya. Selepas itu, dia halau saya keluar dan berjanji nak beri sedikit wang. Saya setuju, tapi minta tempoh sebulan,” kata suspek.

Bagaimanapun, perbincangan bertukar tegang sebelum suspek bertindak melepaskan tembakan.

Polis kini menahan Sonchai dan akan mengambil tindakan undang-undang mengikut peruntukan sedia ada. - Agensi