Tiga lelaki warga asing disyaki terlibat pecah rumah ditahan

Iklan
Polis menahan tiga lelaki warga asing yang disyaki terbabit dalam kes pecah rumah di sekitar Subang Jaya menerusi tiga serbuan semalam. Foto hiasan (Gambar kecil: Wan Azlan)

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki warga asing yang disyaki terbabit dalam kes pecah rumah di sekitar Subang Jaya menerusi tiga serbuan semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, ketiga-tiga suspek, berusia 20-an, ditahan di Taman Puchong Utama, Kota Damansara dan Taman Sentosa Perdana, Klang.

Iklan
Iklan

"Susulan penahanan itu, polis menemukan semula barangan mangsa yang di sebuah rumah di Taman Puchong Utama dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kes berasingan, Wan Azlan berkata, seorang lelaki dengan 10 rekod jenayah dan narkotik ditahan kerana disyaki mencuri barangan dalam kereta yang diparkir di Taman Subang Mas.

Iklan

"Suspek diberkas di Taman Alam Nyata, Shah Alam, bersama barangan curi, dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

"Polis menahan suspek di Taman Alam Nyata, Shah Alam serta merampas barangan curi, dengan siasatan mendapati dia memiliki 10 rekod jenayah dan narkotik serta mengaku terbabit dalam kes ini,” katanya.

Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.