Amaran ribut petir, hujan lebat hampir di seluruh negara hingga 6 petang

Iklan
MetMalaysia meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda 12 negeri serta Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 6 petang ini - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 12 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga jam 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ia melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

Iklan
Iklan

Di Perak, kawasan diramal mengalami cuaca berkenaan termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala Pahang (Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan dan Pekan).

Keadaan sama diramal melanda Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Iklan

Selain itu, Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Marudi) dan Limbang di Sarawak manakala Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang). - Bernama

Iklan