Lari tinggal 16.6 kg ganja di pengkalan haram
Iklan
Empat lelaki bertindak melarikan diri ke negara jiran menggunakan perahu dan meninggalkan 16.6 kg dadah dipercayai ganja semasa diserbu oleh Batalion 9 PGA Kuala Terengganu di dua lokasi berasingan di Rantau Panjang semasa penugasan Op Taring Wawasan pada Jumaat.
RANTAU PANJANG - Empat lelaki bertindak melarikan diri ke negara jiran menggunakan perahu dan meninggalkan 16.6 kilogram (kg) dadah dipercayai ganja semasa diserbu oleh Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu di dua lokasi berasingan di sini semasa penugasan Op Taring Wawasan pada Jumaat.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan pertama dilakukan sekitar jam 8.15 pagi di pangkalan haram Keri, di sini apabila anggota ternampak tiga lelaki berada dalam keadaan mencurigakan di tepi Sungai Golok.
Iklan
Iklan
"Menyedari kehadiran PGA, kesemua lelaki terbabit melarikan diri menaiki perahu ke negara jiran.
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sebuah motosikal nombor pendaftaran Thailand ditinggalkan berhampiran pangkalan haram tersebut. Kami telah menemukan dadah jenis ganja seberat lima kilogram di bawah tempat duduk motosikal terbabit," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Iklan
Menurut beliau, dadah yang bernilai RM23,500 itu dipercayai untuk dijual ke pasaran tempatan.
Dalam perkembangan sama, Nik Ros Azhan memberitahu sekitar jam 4 petang seorang lelaki melarikan diri ke negara jiran meninggalkan 11.6 kg dadah jenis ganja bernilai RM35,960 di pangkalan haram Bagus, di sini.
Iklan
Ujarnya, kedua-dua kes terbabit disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua barangan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>