'Apalah makna raya tanpa ibu...' - Kilafairy

Iklan
Gambar kenangan Kilafairy bersama ibunya.

PEMERGIAN ibu atau ayah tersayang semestinya meninggalkan kesan yang mendalam bagi setiap individu yang pernah melaluinya.

Begitu jugalah yang dirasai oleh pelakon dan penyanyi Kilafairy yang menyambut Ramadan dan Syawal buat kali kedua tanpa kehadiran ibu tercinta, Allahyarham Rohana Jalil yang meninggal dunia dua tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Puasa tanpa awak sangat sukar, Ma (panggilan buat arwah ibunya).

"Menanti awak mengetuk pintu untuk kejutkan saya bangun sahur dan suapkan saya nasi goreng planta mama... tapi awak sudah tiada," luahnya sayu menerusi platform Thread.

Iklan

Sementara, dalam perkongsian berbeza, bintang filem Hoore Hoore itu memberitahu tidak membeli busana baru bagi menyambut Syawal tahun ini.

"Tak, saya tidak membeli baju raya.

Iklan

"Apalah makna raya saya tanpa ibu saya?” luahnya lagi.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan semangat buat Kila agar kuat menerima pemergian ibu tercinta.

"Saya faham awak... Saya juga sudah empat tahun kehilangan ibu. ALLAH sahaja tahu macam mana rasa kehilangan... tidak boleh diluah. Masa mencemburui kami," komen salah seorang warga maya.

Terdahulu, Allahyarham Rohana yang juga penyanyi popular 1980-an meninggal dunia pada 21 Jun 2023 akibat masalah kebocoran usus.