Penjawat awam Perlis terima 'duit raya' RM500
Iklan
Kerajaan Negeri Perlis bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam.
KANGAR - Kerajaan Negeri Perlis bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 bersempena dengan sambutan perayaan Aidilfitri kepada kira-kira 1,700 penjawat awam negeri itu bagi menghargai khidmat mereka.
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, bantuan khas berkenaan akan dibayar pada akhir Mac ini kepada penjawat awam Gred 15 dan ke bawah termasuk pegawai serta petugas lantikan kontrak yang bekerja di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.
Iklan
Iklan
" ... ia sebagai suntikan motivasi kepada semua penjawat awam untuk terus beriltizam dan berintegriti dalam melaksanakan tugas mereka," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata, bantuan khas terbabit akan turut diberikan kepada pesara kerajaan serta veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250. - Bernama
Iklan
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>