PUTRAJAYA - Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan disalurkan kepada hampir sembilan juta penerima yang layak bermula Isnin depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata inisiatif tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion, meningkat berbanding RM1.5 bilion pada tahun lalu.